Saturday 5 March 2011

BERCINTA DI KELANTAN, MAKSIAT DI KEDAH

ALOR SETAR: Sepasang kekasih dari Kelantan sanggup menempuh perj­alanan beratus kilometer ke Alor Setar, Kedah semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah mereka.

Pasangan itu baru saja berkenalan, namun cepat mesra hingga men­cetuskan bibit kemesraan luar biasa.

Setelah beberapa kali bertemu, kedua mereka tidak mampu lagi mengawal nafsu dan merancang melepaskan gelodak nafsu yang tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Oleh kerana berasa tidak selamat melepaskan nafsu serakah di negeri ‘Serambi Mekah’ itu, pasangan ini mengambil keputusan memadu kasih di negeri ‘Jelapang Padi’.

Walaupun kedua-dua negeri itu diperintah oleh PAS, mereka membuat percaturan silap kerana menyangka Kedah lebih selamat untuk aktiviti maksiat.

Akhirnya, tidak sampai 24 jam tiba di Kedah mereka dicekup sepasukan pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam operasi malam Hari Kekasih baru-baru ini.

Pasangan itu ditahan dalam sebuah bilik motel di Jalan Putera pada jam 12:30 tengah malam sebaik sahaja mendaftar masuk pada sebelah paginya.


Lelaki itu dipercayai seorang anggota tentera berusia 26 tahun manakala pasangannya berusia 25 tahun.

Ketika serbuan, sebaik sahaja pintu bilik dibuka wanita itu masih berbogel dan hanya sempat menyelimut badannya dengan cadar, manakala coli dan seluar dalamnya masih tersangkut di tempat penyangkut, manakala lelaki itu pula hanya berseluar pendek.

Ketika disoal pengawai penguat kuasa agama, kedua-duanya mengaku sudah berkahwin namun gagal menunjukkan dokumen pernikahan.

“Betul, kami dah kahwin encik. Kami terlupa bawa surat nikah. Surat nikah ada di Kelantan,” helah pasangan lelaki itu.

Disebabkan curiga, pasangan itu diasingkan untuk soal siasat seterusnya.

“Cakap betul-betul, mu nikah ker dak... Dak nikah lagi... Tak nikah kan. Ha ni tak nikah, kawe ni tahu,” tanya pegawai penguat kuasa kepada pa­sangan wanita.

Selepas disoal bertubi-tubi akhirnya kedua-duanya mengaku belum berkah­win.
Pasangan itu dibawa ke pejabat JAIK untuk ditahan dan diambil butiran.
Kedua-duanya akan didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 9, Kanun Jenayah Syariah Kedah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 setiap seorang atau penjara tidak lebih dua tahun.

Operasi itu diketuai Ketua Penguat Kuasa Undang-Undang Jenayah Syariah Kedah, Sheikh Mohd Suhaimi Salleh bersama 25 anggota penguat kuasa.

Operasi itu turut menahan satu lagi pasangan dari Kedah di sebuah hotel murah di Jalan Pintu 10, di sini.

Pasangan itu membabitkan lelaki berusia 37 tahun bersama wanita berusia 35 tahun.

sumber:warta perdana

2 comments: