Thursday 17 March 2011

Lelaki lari telanjang bulat

MELAKA: Bagi menyelamatkan diri daripada dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), sepasang kekasih sanggup mengaibkan diri sendiri dengan melarikan diri dalam keadaan si lelaki bertelanjang bulat manakala si gadis hanya bercoli serta berseluar pendek, petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu cubaan remaja perempuan berusia 19 tahun dan lelaki 20 tahun itu yang cuba keluar melalui pintu belakang sebuah rumah di Bukit Rambai, dekat sini, gagal apabila anggota penguatkuasa Jaim sudah menunggu mereka di situ.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya membuat serbuan di rumah berkenaan selepas menerima maklumat mengenai remaja perempuan itu di rumah keluarga kekasihnya itu.

“Kami mendengar bunyi kecoh dalam rumah ketika mereka mahu melarikan diri dan apabila tombol pintu diputar ia didapati tidak berkunci dan ketika masuk, pegawai kami mendapati si lelaki dalam keadaan telanjang manakala perempuan terbabit hanya bercoli serta berseluar pendek sedang menuju ke belakang,” katanya.

sumber:harian metro

No comments:

Post a Comment