Tuesday 15 March 2011

Dua beradik lelaki dipercayai merogol adik kandung

KUALA PILAH, Isnin: Dua beradik lelaki dipercayai merogol adik kandung mereka yang kini berumur 13 tahun sejak dua tahun lalu hingga melahirkan anak perempuan, Sabtu lalu.

Perbuatan keji dalam keluarga lapan beradik diJuasseh dekat sini, dipercayai dilakukan ketika ibu bapa mereka tidur pada waktu malam atau keluar bekerja pada siang.

Kedua-dua beradik lelaki berumur 16 dan 17 tahun ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan polis Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri  Sembilan, Superintendan Ab Razak Ab Ghani, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian itu dan penahanan dua beradik untuk membantu siasatan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Jurucakap polis berkata, kejadian rogol yang dilakukan berulang kali sejak dua tahun lalu dengan yang kali terakhir Oktober tahun lalu  menyebabkan mangsa mengandung, tetapi tidak begitu ketara dari segi fizikal.

Katanya, perbuatan dua beradik itu terbongkar apabila pelajar perempuan tingkatan satu melahirkan anak tidak cukup bulan di Hospital Kuala Pilah, Sabtu lalu. Keadaan mangsa dikatakan lemah manakala bayinya dimasukkan dalam inkubator.

Mangsa adalah anak ketiga dalam keluarga itu dan dipercayai dirogol oleh dua abangnya pada masa berlainan. "Dia mungkin tidak mengetahui dirinya mengandung kerana pada awal pagi Sabtu lalu mangsa mengadu sakit perut kepada ibu bapanya menyebabkan mereka membawanya ke hospital," katanya. Bagaimanapun, ibu bapa mangsa terkejut apabila doktor memberitahu anak mereka mengandung dan sakit perut yang dialami adalah berkaitan kandungannya. Jurucakap itu berkata, mangsa kemudian melahirkan anak tidak cukup bulan yang kini diletakkan dalam pengawasan rapi pihak hospital.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan polis menahan kedua-dua abangnya yang berusia 16 dan 17 tahun dirumah mereka di Juasseh.

Katanya, hanya remaja berumur 16 tahun masih bersekolah. Beliau berkata, mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh di penjara maksimum 20 tahun dan sebatan

2 comments:

  1. apa hal la dgn zaman skg ni? ishhh.. ngeri ah. kalo kes bunuh lak dh mcm cerita dlm wayang je main tembak2

    Recently: kenapa dengan spiderman?

    ReplyDelete