Monday 7 March 2011

Penagih gian curi seluar dalam, coli


KUALA TERENGGANU: Serbuan polis untuk memberkas seorang penagih dadah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang mendapati suspek yang juga kakitangan Pejabat Kesihatan daerah sebenarnya mempunyai hobi pelik iaitu mencuri dan menyimpan lebih 400 seluar dalam dan 10 coli wanita.
Suspek yang masih bujang mempunyai terlalu banyak koleksi pakaian dalam wanita dan siasatan mendapati dia memperolehnya dengan cara mencuri di sekitar daerah Marang dan Dungun.

Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Marang memberkas lelaki berusia 39 tahun yang didapati positif ujian dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata serbuan ke rumah suspek sebahagian operasi memberkas penagih di daerah Marang.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri dan memakai seluar dalam wanita sejak berada di sekolah menengah lagi.

“Serbuan rumah suspek atas kesalahan dadah tetapi lain pula yang kami temui dan keadaan ini agak mengejutkan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Roslan berkata, suspek akan dituduh di mahkamah atas dua kesalahan terdahulu berkaitan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alor Limbat, Marang, jam 5.30 pagi semalam, polis merampas 60 pil kuda RM2,400 dan turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita.

sumber:berita harian

No comments:

Post a Comment